BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

L I V E with no EXCUSES and L O V E with no REGRETS.

Dad's lil girl

My Photo
Kuala Lumpur, muslim, Malaysia
View my complete profile

23 Sept 2019

Haze attack!

Assalammualaikum...


hi uolls.
sihat ke tuh? now tgh jerebu jerebu teruk kan..!
jaga kesihatan ye!

Minum plain water byk2. x kesah la uoll nak minum air coway ke..cuckoo ke beli kat mydin ke..speedmart ke mane ke janji minum more than 8 glass of water!
the jerebu is no joke!
die punye effect sampai sakit kepale taw!
Lately ni i kene conjunctivitis . gatal yakmat and pedih sampai nak xleh nak bukak mata. Memang merah and i went to klinik doctor bg eye drop as usual, antibiotic and ubat allergic. and i got 2 days MC. tq doctor.

Ni sedikit info utk korang di luar sana. 





Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) :

 0 dan 50 :  baik
51 hingga 100 : sederhana
 101 hingga 200 : tidak sihat
 201 hingga 300 : sangat tidak sihat
 300 : berbahaya.

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
  1. Kanak-kanak
  2. Orang tua
  3. Mereka yang mengalami penyakit
    • asma
    • bronkitis
    • radang paru-paru
    • penyakit paru-paru yang kronik
    • jantung
    • alahan
  4. Perokok
  5. Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.


Moga sama2 kita menjaga kesihatan kita :)








0 comments: