BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

L I V E with no EXCUSES and L O V E with no REGRETS.

Dad's lil girl

My Photo
Kuala Lumpur, muslim, Malaysia
View my complete profile

29 Apr 2010

shinta is attending the invitation (www.rinasalleh.com)


i just confirmed to attend  Rina Salleh's web-launch.

www.rinasalleh.com

venue : Villa Felda, Jalan Semarak, KL
date : 9th May 2010
time : 3.00pm - 6.00pm 

so excited..sbb nak jumpe ramai kenalan :)

to Rina, 
congratulation my dear.
i wish u best of luck :)

24 Apr 2010

yeahh dapat award :)


1. thank you to ONEE for this award. really appreciated it :)

terharu..

ade gak orang yang nak jenguk blog i nih

;p

btw, a million thanks to ONEE :)


2. - Piston
- Okiki
- aYin
- onEe
- kak Kema
- salina
- eija hassan
- lydia
- rina
- amoy
- bK
- Saifoel
- fathihin
- mimie
- diryana



rules :
1. Thank & link the person that gave you the award
2. Pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic
3. Contact said Blogs and let them know they've won the award
4. State 7 things about yourself.

23 Apr 2010

ღღ i love him ღღ

i love him

i love him when he make me cry
i love him when he misunderstood me
i love him when we fight
i love him when we sneak out at night
i love him when he come home late
i love him when he's in bad mood
i love him when he break my rule
i love him when he mad at me
i love him when he criticized me
i love him when he choose his friends over me
i love him when he makes me mad 

i love him cos he's imperfection
and his imperfection make him.......my perfect man 


i
him

15 Apr 2010

nenda admitted to hospital...again :(

my nenda...
Hjh Rakiah




 sian nenda...

banyak tiub kat badan die..

:(
sabar ye
moga cepat sembuh

:)



 nurse sdg try pasang tiub makan utk nenda..
but sadly, 
gagal.....
:(


esok kene cuba lagi..
moga berjaya
:)

8 Apr 2010

my loves....

Dina and Adam...

both are cute..

notty...
afraid of bugs especially cockroaches..huhuu same goes to their aunt la ;p
dina likes purple adam like blue...

but they got different attitude...
dina is so damn hyper girl...while adam is so a shy boy....

whatever it is...me so love both of them :)


5 Apr 2010

luahan hati PAK NIL :(

UBAT SAYA SUDAH PERGI...
oleh Aznil Haji Nawawi

ASSALAMUALAIKUM! Paknil yakin pasti ramai tahu apa yang ingin Paknil borakkan dalam ruangan minggu ini kalau bukan cerita mengenai Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi.
Paknil percaya ramai rakyat Malaysia merasa kehilangan pelawak serba hebat dan penyampai radio yang ligat setiap pagi bersama Paknil di Riuh Pagi Era.


Kita akan merindui lawak merapu dan gila-gilanya sebab bagi Paknil, Din seorang saja yang boleh melakukan itu.


Setiap pagi Isnin hingga Jumaat, Paknil pasti berderai tawa terbahak-bahak sebab Din Beramboi membuat lawak yang terbit secara spontan dan luhur dari hatinya.


Bila itu terjadi, Din Beramboi akan berlawak dengan gaya sekali sedangkan kami hanya di radio! Siapa yang nampak gerak gaya Din bila lawaknya ke udara, tetapi itulah Din Beramboi. Dia memang bersungguh-sungguh bila melakukan kerja yang digemarinya.

Din, siap nak bawa sarapan?

Din sering bertanya sama ada Paknil akan berpuasa pada keesokan harinya kerana dia sentiasa nak bawa sarapan pagi untuk Paknil. Bila Paknil tak puasa, pasti ada satu bekas penuh kuih lopes yang dibawanya dari rumah.


Dia cakap, orang tua macam Paknil memang suka makan kuih ‘old school’! Dia kata orang muda macam dia cuma makan sandwich dan chicken pie!

Paknil sering usik Din dengan perkataan ‘Cur Cur Mak’. Kalau nak tahu, sebelum masuk konti radio awal pagi, selalunya Din kata, dia tak mahu sarapan sangat sebab nak diet tapi Paknil kata: “Sudahlah! Mesti dah Cur Cur Mak sebelum ini.”

Din sebenarnya mesti singgah di kedai mamak berdekatan Astro sebelum mulakan pagi untuk makan. Cur Cur Mak tu maknanya Curi Curi Makan!

Din, kenapa biar aku buat kerja seorang sekarang?

Pernah ada satu ketika Din terlewat ke konti radio sebab terlewat bangun. Bayangkan dia pecut kereta dari rumahnya di Rawang ke Astro dan sempat juga mendengar Paknil ke udara seorang diri di Riuh Pagi Era.

Sampai di studio, dia tahu Paknil bengang ketika itu tapi dia cakap dia sedih bila dengar Paknil kerja ‘sorang’ sebab dia kata macam tak meriah di udara. Jadi dia minta maaf sangat sebab terlewat dan berjanji untuk tidak lewat lagi selepas itu.


Sememangnya Din tidak pernah lewat lagi, malah kerap pula dia tiba lebih awal daripada Paknil.


Din, sekarang kau dah tak ada. Kalau kau dengar aku sorang-sorang di radio mungkin dah tak meriah kan? Aku pun tak tahu sama ada aku nak teruskan atau tidak kerja ini.


Bayangan kau terlalu kuat di sebelah aku, jadi aku rasa seperti tidak akan dapat bangun seperti dulu lagi!

Din, pilih tempatlah untuk melawak!

Sebagai abang, Paknil pernah juga menegur perangai Din yang suka melawak tidak bertempat. Pernah ketika Paknil mengendalikan segmen Merisik Khabar, Paknil tersentuh dengan cerita pemanggil sehingga menitiskan air mata.


Din yang ada di depan Paknil ketika itu ketawa melihat Paknil yang tersedu-sedu. Hangat juga hati ketika itu apabila Din cuba membuat lawak, sedangkan kami berbual mengenai sesuatu yang menyayat hati.

Paknil tegur dia: “Din, kau boleh tak pilih masa dan tempat untuk berlawak?” Jawapan Din benar-benar menginsafkan Paknil. Katanya: “Kalau menangis boleh selesaikan masalah orang itu, dia pun akan menangis sekali. Muka sedih dan menangis bukan boleh selesaikan masalah.”

Din memang ingin jadi ubat kepada wajah sedih orang. Dia nak orang senyum gembira saja. Dia memang akan memanggil Paknil sebagai orang yang cengeng dan sebab itu dalam Raja Lawak ada ketika dia tegur Bob Lokman yang berair mata ketawa sama seperti buruknya Paknil menangis.


Sekarang dia pasti nampak betapa buruknya muka Paknil menangisi pemergiannya.

Din, kau nak cuti panjang kan?

Sememang Paknil kena ambil cuti panjang dalam minggu ini untuk menyempurnakan rakaman Jangan Lupa Lirik. Din Beramboi adalah orang yang sangat suka bila Paknil minta cuti daripada Era kerana dia tahu kalau Paknil cuti, dia pasti cuti juga.


Dia cakap: “Aku untung tak payah pergi mengadap minta cuti sebab kau yang pergi mengadap. Bila kau cuti, aku pun cuti jugak.”

Paling akan Paknil ingat apabila Din akan ‘countdown’ kiraan hari menjelang tarikh kami bercuti setiap hari tanpa gagal. Sekarang kau pula yang cuti panjang.

Din Mr Sengal?

Din suka juga bagi gelaran pada kami di Era. Macam-macam nama yang dia cipta untuk orang yang dia usik.


Penerbit Riuh Pagi Era, Azizan dipanggilnya KURUS atau kadangkala dipanggil KURSUS. Ada yang digelar Ciputlah, Bruce Leelah, Dharmalah, Pen Drivelah dan macam-macam lagi.


Gelaran itu semua muncul secara spontan dan Din juga biasanya memanggil orang itu secara depan-depan. Mereka yang dipanggil itu pula tidak ambil hati kerana faham sangat perangainya.


Tiba-tiba masa Paknil bekerja sendiri ketika Din tenat, Paknil terima panggilan daripada pendengar Era yang menggelarkan Din sebagai Mr Sengal.


Katanya: “Bangunlah Mr Sengal ku. Pagi ku tidak sama lagi tanpa kehadiran Mr Sengal yang selalu buat lawak sengal! Bangunlah please…!” Kini Mr Sengal dah jadi Mr Senyap.

Suka hantar SMS yang mengarut

Paknil memang tidak suka ber‘SMS’ dengan Din sebab dia suka hantar SMS yang entah apa-apa. Pernah Paknil hantar SMS kepada Din tanya kenapa dia nak Alex Raja Lawak gantikan dia bila dia tidak ada di Era lagi? Din jawab: “Sebab dia tak tahu nak komen apa untuk Alex yang memang best!”

Baru-baru ini masa dia sakit, Paknil ada hantar SMS pada Din. Paknil cakap: “Din, cepatlah baik demam. Tak bestlah buat kerja sorang-sorang.”

Nak tahu apa yang Din jawab pada Paknil?

“Bukan sakit tapi rasa nak mati. Semua dah rasa kebas. Tu tanda-tanda nak mati lah.”

Din, aku rindukan engkau

Mungkin ini tidak pernah Paknil ucapkan pada Din sebab memang tak pernah rindukan dia, tapi kini setelah Din tiada, baru Paknil seperti terdengar bunyi ketawanya, bunyi batuknya, bunyi dengkurnya (kadangkala dia terlelap juga dalam konti... hehehe).


Paknil pun tak tahu apa makna Riuh Pagi di Era lagi sebab Paknil tidak pasti sama ada akan adakah lagi riuh itu apabila Din sudah tiada. Paknil tidak akan mampu menjalani tugas di konti sebab di setiap sudut Paknil akan terbayang kehadiran Din Beramboi.


Din, kau pergi tanpa beri amaran. Habis senyum dan tawa aku kau bawa sekali. Kini aku masih mencari orang yang boleh kembalikan senyum dan ketawa itu. I MISS YOU MY BRO!

Wassalam. 
************************************
menitis airmata i baca warkah pilu nih...
kepada Paknil,
jgn sedih2 ye...kami semua sentiasa menyokong paknil..
paknil kuat, paknil boleh lawan perasaan tu..
kalau paknil mengalah, sure arwah Pakdin sedih..
so, Paknil kene teruskan perjuangan paknil...
kami pun amat merindui keriuahan arwah..
same2lah kite doakan agar roh Pakdin aman disisi Pencipntanya..
amin~

siapakah dia RAFIQIN DARWISY ???

kat FB tadi i nampak link ni... 
bile i bukak..
nahuzubillah...teruk sungguh mamat nih..
ade ke patot die hina Arwah Pak Din??
gile la mamat ni..

kene amek tindakan yg tegas nih...

ape2pon arwah Pak Din dah aman kat Sana.
amin ~

4 Apr 2010

on 30th of March...........

hai semua....hari ni barulah i ade smgt utk storykan ape yg dah jadi kat i few days ago..

      so this's the story...

On 3oth of March 2010, im taken 1/2 day sbb nenda tak berape nak ok lately nih.im so damn stress....so i dun have any feel to work. bile i kt office hati i tak tenteram...when i kat umah plak i sgt2 tertekan...i dun haf a enuff rest for myself.
at first, i tot nk g gombak beli jagung rebus tuk nenda,
bcos of fikiran ni tak stabil i dah terlajak ke D'sara..
alang2 ke sane i pon igt cam nak g isi minyak then bleh la trus wat u turn kat OU. Lepas je tol penchala link, i exit to D'sara....
setiba je kat selekoh tuh i lost my control...
i rase macam dah nak terbabas ke lane kiri.. i try to balas balik but im to panic
 and i can't remember either i tekan break or minyak time tuh...sbb i rase mcm kete tuh taleh stop..
then i trus tarik handbreak...but it's not work it...
i saw divider and i tatau nak buat ape...time tu yg i pk MATI...
but thanks God, im ok....lepas je kete tu BANG divider i cepat2 nak kuar dari kete tuh..
ye la..kete dah berasap...airbag pon dah terkuar..
sakit gak bibir i nih....tapi tak pikir dah sume tuh...yg i taw, i nak kuar....
bile i rase kete tuh mcm dah teruk i truk buka sitbelt dan trus kuar tanpa kasut dikaki...

naseb time tuh ade dua brother berhenti blakang kete i and tolong i...
terima kasih yg tak terhingga buat mereka berdua..Tuhan je yang boleh balas jasa baik mereka.
brother tuh tanye i..
" awak ok? ade luke?"
i cakap "  im ok...tapi i takot abang i marah sbb ni kete die....hp i hilang...boleh tolong called hp i?"
then brother to try to comfort me...and they said " it's ok....awak relax, jgn panic..."
lepas tu i trus msg abang i...
dalam hati i hanye Tuhan saje taw betape takot nye i nak bercakap ngn abang i...
brother dorang tu temankan i kat tempat kejadian sampailah kawan abang i datang nak tarik kete ke Sri Rampai. baik tak mereka?? 
ape2 pon i bersyukur sbb tak de injured ape2..cume lutut bengkak skit and badan i sakit2 gak la...itu pon after beberape hari dah jadi....

nak taw, sebelum i msok highway duke, i dah terpikir if i accident biarlah dekat2 dgn umah sbb senang family or kawan2 nak dtg tolong...tpi Tuhan tu maha Mendengar...tak smpai 10 minit i dah accident. mulut caboii sungguh..!

kejadian ni buat i sgt trauma nak drive lagi...even bile ade akt selekoh i jadi takot...malam2 i jadi suram sebab asyik terbayang2..nak tido pon takot sampai nages2...but alhamdulillah i makin ok..
cume buat masa ni i tanak drive lagi...
i need a time for all this...maybe one day. InsyaAllah....

doakan ye kawan2 supaye i get back my strengh yek :) amin~~




no plate pon dah tercabut.....

time ni masih hujan lagi..i pon basah kuyup...

first time i tgk airbag 
and first time jugak airbag ni mencederakan i jugak..hehe


oleh itu kawan, memandulah dgn berhati2 dan janganlah kite memandu ketika kita di dalam keadaan yg tidak stabil dimana ianya boleh mengundang kecelakaan.....

im okey just....

hai korang,
i still tak dapat nak lelapkan mata....sejak peristiwa itu i mmg susah nak tido.
kadang2 sampai nak menanges pon ade..
im too scared....
lately nih i just lost my appetite...but alhamdulillah, tadi i makan banyak jugak kat umah mak ngah.
maybe ramai orang kot kat umah tuh...
lagipon kalau kite terus bersedih ttg ape yg dah jadi, bende takkan berubah kan??
so, life must go on...
yes...new life begin...
i kene kuat, tabah utk hadapi semua nih....
this is TAKDIR utk i...ade hikmah dgn ape dah jadi..
i redha dan harus melawan perasaan nih...
insyaAllah...

buat masa skng nih,i taleh nk drive lagi...
menggigil kaki ni...
i still need a time to get back my strength.

God willing.....

SABTU- 3rd of April 2010.

hari ni i g USJ...ziarah my aunty n uncle...saje lawat2 rumah baru dorang. before gerak i, kak long, abang harith, dina & irfan makan kat D'Classic, AU2...brunch..hehe...
so kami sampai umah mak ngah around 1pm macam tuh la...
then kami g umah kak nini...dekat je ngn umah mak ngah..
tak sampai 5 minit pon...
kami g swimming..sonok...
lame tak mandi pool...nak kate i pandai swimming, tadelah pandai sgt.
tapi boleh la....
then lepak2 makan kat umah dorang.
makan cucur..best woo..terbaik..plus minum air koko panas...
perhhhh sangat sedap....sambil layan cite cartoon UP.. mmg best.. :)
then, dlm pukul 5pm lebih2 sket kami g umah mak ngah balik.
dia tak puas main ngn irfan...
so lepak2..rehat2..makan2..ramai2 kat sane....
meriah suungguh....
habes tgk cite SETEM , kami pun balik...

otw balik kan...ade satu accident kat federal highway...
kire dekat ngn HILTON PJ gak la...
teruk..sangat teruk..
kete tuh terbalik sebelah kiri jalan...
divider belah kanan macam dah tercabut...
then nampak ade kete waja juga tersadai tepi jalan akibat accident tuh..
i rase maybe waja tuh kene langgar then terbabas ke kiri...
i saw a lil boy duduk tepi divider tuh..
i surely budak tuh tgh trauma...
time tuh, i tetibe terbayang waktu i accident few days ago...
dalam kete tadi..i taleh nak lelapkan mata...asyik terbayang jek...tambah2 tgk accident tadi tuh..
sgt scary...badan i start shaking...i mmg taleh nak lupekan sume tuh...
hopefully bende ni akan disappears juga one day...
:/

2 Apr 2010

al-fatihah but arwah Pak Din

Pak Din a.k.a Din Beramboi telah pergi meninggalkan kita pada 02.04.2010 jam 12.30pg di Hospital Selayang, Selangor. Allah lebih sayangkan Arwah. moga rohnya di tempatkan dikalangan orang-orang yg mukmin...
marilah kita sedekah Fatihah kepada beliau dan salam takiah kepada keluarga Arwah.

al-fatihah


:(