BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

L I V E with no EXCUSES and L O V E with no REGRETS.

Dad's lil girl

My Photo
Kuala Lumpur, muslim, Malaysia
View my complete profile

29 Jul 2019

BFF Till Jannah - InshaAllah

Assalammualaikum...
salam satu Malaysia.
im back!quite busy recently ngn shift yg tunggang langgang. ahaks.
How uuu gais doing???me fine as always. Alhamdulillah.

Story kali ni berkisah persahabatan yg hampir 8 tahun. Kawan dari training sampai masing dah beranak pinak. Bile dlm wassap plan utk renuion sampai ke sudah x dpt nak plan.
Tapi bile plan last minit semua ON. hihiii
bile berjumpa..kuar la segala cerita seram, kelakar, sedih, marah dan lain2 perasaan...hahaha




kenangan kami di Langkawi sebelum masing2 menamatkan zaman single.
Hope next reunion semua dpt join.
so kemanekah kite utk next reunion?
sabah? cameron? perhentian?



kenangan duk umah sewa dekat BK4 bandar Kinrara.
Rumah yg meninggalkan byk kenangan.
gelak tawa, seram pon ade. hahaha



time ni wedding lili kat Johor.
singgah sebentar di kota Melaka.
yeay manage utk kumpulkan semua sekali.


this taken about 4 years back.
time ni i preggy Aariz 3 bulan.
Aaryan batu setahun lebih.
hihii


Out latest reunion was on 14/7 arituh and we met up at Setia City mall. 
I almost missed the date sebab i thought on 13/7 naseb yanie remind i balik.
masak wey kalo i pegi on 13/7 tuh. sorang2 la i kat sane n kene bebel la ngn Lan.
Miza n family last minute cannot join us. Tikah n family also cannot join sbb jauh di Changlun sane. InshaAllah nanti kite jumpe ye.
So we all buat concept potluck.as usual Tauhu begedil yahie is the must. The best Tauhu begedil in town uolls. Memang sedap dan puas hati. btw, gambar makanan x sempat nak capture since gossip lagi penting taw.ahaksss.









bapak2 budak. Geng perut sape paling sado.


love


penyambung siratulrahim kami
Sofea, Amanda, Syaikul, Aariz, Aaryan
and Ammar (baju biru kat belakang tuh).
another 4 xde dlm gambar sbb mak pak dorg xleh nak join.
We jumpe uuu all utk next reunion ye.










ERTI PERSAHABATAN

Persahabatan…
Pujangga pernah berkata, persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran .Mencari sahabat sejati bukanlah mudah….ramai yang bersama berkongsi suka, namun kurang yang ingin menemani kita meniti duka.
Sahabat sejati nilainya tiada bandingan. Dia ibarat berlian yang terbenam di dasar lumpur. Meskipun berbalut kekotoran, gemerlap sinarnya terserlah jua. Sahabat sejati juga menjunjung erti setiakawan, kejujuran dan bertanggugjawab. Sama bergembira di waktu senang,  membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan.
Meskipun mungkin menegur itu mungkin disalahtafsirkan, tetapi atas dasar tanggungjawab sebagai sahabat….diteruskannya juga. Sahabat sejati tidak semestinya perlu berada di sisi kita setiap masa. Mungkin dalam setahun, pertemuan dengannya boleh dihitung dengan jari. Namun, hubungan dalaman yang erat terjalin sebati di dalam jiwa. Biarpun jauh, nilai persahabatan yang sedemikian akan tergenggam erat dalam diari ingatan.
Menurut Imam Ghazali, persahabatan itu harus dilandaskan dengan jiwa yang bersih.Malah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:”Tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mengasihi kawan lebih drp kamu mengasihi diri sendiri”.Begitulah besarnya pengertian persahabatan dalam islam bersandarkan konsep persaudaraan. Justeru itu, marilah kita bersama2 merenung dan mengamalkan hak-hak persaudaraan dan persahabatan seperti yang digariskan di dalam Kitab Bimbingan Mukminin- Imam Ghazali ini.
Secara ringkasnya…
1) Hak dalam harta
dalam sebuah hadith ada disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Perumpamaan dua org saudara adalah seperti dua tangan yang satu membersihkan yang lainnya…… H.R dailami. Hadith ini menyebutkan bahawa dalam persahabatan itu perlu ade saling bantu membantu dalam menunaikan tujuan yang satu.tujuan yang utama itu ialah bahawa kita sebagai sahabat perlu memberikan sahamnya secara bersama2 baik dalam keadaan suka dan duka ,gembira dan sengsara.
2) Hak dalam memberi pertolongan dengan tenaga dan lain-lain
salah satunya adalah hak untuk memenuhi keperluan sahabat. .Apabila seorang kawan berhajatkan bantuan dan kita pula mampu untuk menolongnya, bantulah dia..dengan disertai wajah yang manis,ramah tamah, ikhlas dan air muka yang gembira untuk menunjukkan bahawa…..kita suka apabila sahabat kita itu meminta bantuan drp kita.
Seorang ulama pernah berkata: Perhatikanlah saudara-saudaramu itu dalam 3 persoalan iaitu jikalau ada yg sakit, tinjaulah dan jikalau ada yang dalam kesibukan, berikanlah pertolongan dan jika ada yang dalam kealphaan, maka peringatkanlah ia………Dalam hal ini Allah taala ade berfirman:
“Orang2 mukmin ialah yang saling kasih-mengasihi antara sesama mereka itu” ayatullah ini menunjukkan supaya kita saling sayang menyayangi dan kasih mengasihi dengan sahabat2 kita.
3) Hak dalam lidah dan hati 
Ada dua perkara iaitu berdiam diri dan berkata-kata. Berdiam diri maksudnya, sebagai seorang sahabat yang baik..seharusnya kita tidak boleh bercakap2 tentang keaiban sahabat..bahkan perintah menutup aib org lain juga..perlu dipraktikkan kepada seluruh umat manusia..Tidak menyebarkan keburukan sahabat baik semasa sahabat berada di depan ataupun tidak. Dan jika sahabat itu bercerita kepada kita tentang rahsianya, tidak wajarlah kita menceritakan kepada sahabat2 yang lain pula.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Barangsiapa yang menutup cela saudaranya, maka Allah ta’ala akan menutupi celanya di dunia dan akhirat” Riwayat Ibnu Majah. Dalam riwayat lain ada menyebutkan:
Sabda Rasulullah: “dua org yang duduk bercakap2 itu harus disertai dengan amanat.Tidak halal salah seorang di antara keduanya itu menyiarkan mengenai saudaranya itu akan sesuatu yang tidak disenangi  olehnya
” H.R Hakim”
Sebaliknya pula jika ada perkara baik atau pujian sampaikanlah berita2 gembira pada sahabat itu. Rasulullah pernah bersabda:”Mohonlah perlindungan Allah dari pada tetangga yang jahat, apabila melihat kebaikan org lain ia selalu menutupinya dan apabila ia nampak keburukan, ia selalu menampak-nampakkannya H.R Bukhari.
Dengan berkata-kata pula,ialah saling nasihat menasihati,mengenali dengan lebih mendalam lagi sahabat2 dengan cara berkomunikasi. Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila seseorang dari kamu semua mencintai saudaranya,hendaklah memberitahukan hal itu kepadanya” H.R Abu Dawud,Tirmidzi dan Hakim. maknanya di sini..kita bagitaulah kepada sahabat kita yang kita menyukainya..agar selepas itu..sahabat akan lebih sayang kepada kita.
Selain itu, salah satu cara menunaikan hak sahabat ialah memanggilnya dengan gelaran yang paling disukai oleh sahabat itu. Ini akan lebih menggembirakannya.
Umar r.a pernah berkata: “Ada 3 perkara yang dapat menjernihkan kamu mengenai kecintaanmu kepada saudara2mu..iaitu, engkau mendahului mengucapkan salam sewaktu bertemu dengannya,hendaknya engkau memberikan ruang tempat duduk untuknya di dalam majlis dan hendaklah kau panggil ia dengan nama yang paling disukainya”
4) hak dalam memberi kemaafan
Memaafkan saudara adalah satu perbuatan mulia..baik kesalahan itu dilakukan secara sengaja ataupun tidak.Jika kesalahan sahabat itu bertentangan dengan agama, wajiblah menasihatinya dengan ramah dan lemah lembut. Seorang ulama pernah berkata: “Kemuliaan hati ialah dengan jalan memberi maaf kepada kesalahan2 sahabat2mu”
5 )Hak dalam mendoakan
Mendoakan sahabat baik semasa hayatnya ataupun matinya.Doakanlah kesejahteraan dan kejayaan saudara2 sebagaimana kita mendoakan untuk diri kita sendiri. Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila seorang itu mendoakan untuk saudaranya di kala tidak berhadapan dengannya, maka berkatalah malaikat:Kamu pun menerima sebagaimana doamu itu”
H.R Muslim.
Begitulah secara ringkasnya..(banyak lagi sebenarnya)…
Sahabat2 yang di dalam rahmat Allah,
Begitu besarnya pengetian sahabat menurut islam.Semua umat islam adalah bersaudara.Sudah sewajarnya kita saling sayang menyayangi,hormat menghormati dan bantu membantu..dan dalam erti kata lain, memenuhi hak2 sebagai seorang sahabat . Pilihlah sahabat yang dapat membawa kita kepada kebaikan.Tidak dinafikan pengaruh sahabat besar dalam hidup kita.Sekiranya kita dapat menasihati kawan yang tergelincir sedikit, itu sebaik-baiknya.
sebelum berundur..hayatilah maksud hadith ini..
“Bertemankan si pembuat haruman, walaupun kita tidak meramu wangian, namun harum aromanya tersebar jua, bertemankan si pembuat besi, walaupun tidak menempa besi, percikan baranya terkena jua”

13 Jul 2019

RAYA 2019



3rd post in a row!!

wow..balas dendam taw. hahaha
So for this post i nak wish to all of uuu SELAMAT HARI RAYA.. Maaf zahir dan batin.
Ye i tahu raya dah lepas..tapi i nak wish jugak. To those ade rase tersinggung or i ade buat uuu marah i minta maaf ye. 0 - 0 😍


Tahun ni again i beraya di KL bersama mak tersayang. Kalau ikutkan tahun ni turn kampung suami but disebabkan kesihatan mak tidak berapa mengizinkan so LAN mengalah and ask me just raya je la ngn mak. So...yes tq again to Lan.


Alhamduillah...baru je keje ngn company baru dah dapat cuti raya 4 hari taw. I'm so bersyukur sangat. Spending my time with my fam bam.
Tahun ni tema baju kami Yellow...but end up i ngn lan bertukar kepada butter yellow. Oklah kan asalkan yellow. 

Tema asal is baby blue taw..ntah le camne leh tukar pon tatau. hihiii

Selamat hari raya from us.
Lan Aariz Aaryan and Me
 😍

one with Mak.
Alhamdulillah mak dah recovery from sakit arituh.
first time mak sakit teruk sampai x leh nak jalan.
bertongkat.
Now still x berapa kuat lagi.
Semoga mak terus sihat ye.
i luff uu mak.

 😍








the Last day







Well it been 9 months since i left TM. 
Rasa macam baru je lagi.


I'm leaving for goods.
I'll never regret and never turn back.
But I'll never forget.
Thank you for 8 years.


Thank you for everything.



we

my kakak n adik2 yg selalu ada bersama
i miss uuu...



my lovely TL, Cik Liaan.
Tq for everything.
luff uuu



i miss uuu gais so much...

2019

Assallamualaikum...and hello...

I am back...dah 2019 pon baru berkesempatan nak buat post terbaru.

Super busy and shift keje pon x ter-urus  but yang sebenarnye baru reset password blog ni ha...hahaha bape kali daaa nak kene reset asyik lupe je sejak jadi mak anak 2 nih!
after ni i akan ingat selalu the password. bahaha!!!


.


keje shift!? yes..shift..

back to contact center world... Selalu akan lupe arini ari ape...bape hari bulan...
cuti pon kdg2 tatau bile. hahaha
But iollss ok jek. dah biase.
TQ to Lan sbb byk korbankan masa utk jaga anak2 while im out to work.


.



so hellooo 2019.
please be nice to me...hahahahaha
tak byk perubahan pon i setakat ni... masih lagi usmi yg sama.
well...kite dah tukar nama sendiri dah...tanak pakai nama SHINTA tu lagi.
Sebab safiey elias tu dah guna..so i was likeeee....emmm amek laaahh..