BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

L I V E with no EXCUSES and L O V E with no REGRETS.

Dad's lil girl

My Photo
Kuala Lumpur, muslim, Malaysia
View my complete profile

12 Aug 2012

kenapa orang perempuan suka menangis

kenapa wanita mudah menangis?
kenape? kenape?
jawapannya :  entahlah.
kalau di ikut kepada life experience i sbg wanita,gadis dan anak perempuan maybe sebab hati ni mudah tersentuh.
air mata akan mengalir bile sedih samada ada perkara baik mahupun sebaliknye, bile hati disakiti, bila rindu yang terlalu dalam pada seseorang,
kadang2 bile marah sangat pon boleh membawa kepada keadaan ni.
hati wanita bagaikan tisu...lembut...terlalu lembut.

last i nangis ialah semalam...malam semalam.
tgh drive kereta boleh nangis dengan tiba2...sampai rumah nak tido pun nangis..tatau nk share story camne and kenape. banyak sebab.
kadang2 bile stress yang terlampau pon boleh buat i nangis.
bagi i, menangis itu adalah satu luahan hati..bile dah nangis, redalah sikit perasaan tu. Air mata tak boleh nak di tahan. kalau dia nak mengalir, mengalirlah ia.



"orang kata menangis tu tanda manja, tapi bagi aku menangis itu tanda kita punya jiwa.
orang kata menangis hanya perlu, tapi bagi aku airmata hanya akan keluar bila dia mahu
orang kata menangis tu tunjuk kelemahan, tapi bagi aku kita perlu nangis untuk turunkan keegoan"

turun 4 kg & Akhir Ramadhan.

Assalammualaikum...
lama tak berblog. rindu plak..
entry kali ni tade yg menarik selain nak gtaw korg yg.....
ehh dah nak raya lah!
pejam celik pejam celik dah masuk minggu ke 4 kite berpuasa...
persiapan raya?? tade pon...pakai je baju yg ade.
1st and 2nd raya akan berada di office...but malam raya n pagi raya akan menghabeskn masa di rumah.

since 1st Ramadhan arituh da tade selera makan.asal makan nasi je nk muntah...taleh nk telan...duk kemam la dalam mulut...agak2 taleh nk telan, minum air or hirup sup.
so bulan pose ni i just makan kuih2 je. noodles pon kurang.
that day went i balik keramat, sempat la timbang berat...from 46kn turun 41kg jek.masyaAllah..senang je nak trun berat, tp kalo nak gain weight bukan main payah lagi.
tapi semalam, my hzemate de masak favourite i...IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK.wowww...dapnye...alhamdulillah habis gak nasi i even amek sikit jek.thnx yani :) [first try katenye]


macam2 sakit la bile datang Ramadhan kali ni.
Allah nk uji tahap kesabaran i kot.
mata ni dah almost 3 week x ok2 lagik.
bergantung hidup kt eye drops and sepek mate.
orang cakap, sakit tu penghapus dosa2 kecil. hmmm ye kew?
byk dosa yg telah i buat...Ya Allah, kiranya ini dugaanMu padaku, aku redha.



KELEBIHAN 10 AKHIR RAMADHAN.

1. Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya; “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak). Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1). Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 23 tahun.

3. Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)

4. Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)

5. Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.

6. Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud : “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4). Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.

7. Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.Bilakah Lailatul Qadar? Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Rasulullah bersabda lagi bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari).


à Kami dari Unit Dakwah Dan Tarbiah KMKJ menyarankan agar sama-samalah kita menghidupkan malam di separuh akhir Ramadhan ini dengan fizikal bersungguh-sungguh dan hati yang ikhlas agar “Lailatu Qadar” yang kita impikan akan tercapai dan keampuanan dari segala dosa berkesampaian.

*Petikan Panduan Puasa Ramadan terbitan Jabatan KemajuanIslam Malaysia dan Tazkirah Jumaat.

25 Jul 2012

begini caranya.

Begini Caranya -
Aku tak bisa mengatakan perkataan
Kelu lidah bila berdepan kamu
Aku percaya pada naluri hatiku
Yang nyata sudah ada depan mata
Tapi aku masih belum mengenal mu
Untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta
Aku tahu di mana nak cari cinta mu
Di sini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang
Yang ku tahu ku cuba terbaik untuk mu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan
Begini ...
Caranya bagi diriku
Tapi aku masih belum mengenal mu
Untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta
Aku tahu di mana nak cari cinta mu
Di sini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang
Yang ku tahu ku cuba terbaik untuk mu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan
Aku tahu di mana nak cari cinta mu
Di sini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang
Yang ku tahu ku cuba terbaik untuk mu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan
Begini ...
Caranya bagi diriku
 

22 Jul 2012

suasana Tanah Suci.

Rindunye pada suasana di Tanah Suci. teringin jugak nak berpuase kat sana suatu ari nnti.mesti perasaan yg tak dapat digambarkan...alangkn tak puase kat sane pon dah seronok, inikan pula berpuasa. mestilah lagi BEST. rindu pada Madinah, Abah, Perkuburan Baqi', makan Rasul...Mekah, masjidil haram...rindu semuanya di sana..bilakah akan ke sana lagi?

Mekah suatu ketika dahulu

Mekah, sehingga kini :)



selamat berbuka.

 selamat berbuka buat semua yg berpuasa arini...hari ni hari ke2 berbuka di ofis. sedih :(
first Ramadhan berbuka nasi lemak,kurma & air laici yg ofis bagi. even ciput tp alhamdulillah, at least de gak org nak bg kan.
nk g bazar mmg tade la kat kawasan sini :(
hari ni, roti canai. syukur jugak la...naseb de beli "back-up". hehehhe
rindu nye nak berbuka di rumah, bersama mak n adik beradik yg lain.
rindu nak g bazar ngn anak sedare...hmmm Dian puase ke tidak tahun ni?
thn lepas 100% off. hahaha...rindu rindu rindu...
ape2 pon ttp syukur sbb masih diberi peluang menjalani ibadah puasa tahun ni. tahun depan tatau de lagi ke tak.