BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

L I V E with no EXCUSES and L O V E with no REGRETS.

Dad's lil girl

My Photo
Kuala Lumpur, muslim, Malaysia
View my complete profile

16 Aug 2012

hari KHAMIS yang mencabar kesabaran.

Assalamualaikum.
salam sejahtera salam satu Malaysia.
baru ade mase nk ngadap belog nih. sehari suntuk menjawab panggilan yg pelbagai2 masalah.
dah la macam2 masalah, macam2 perangai. al-maklumlah, CUSTOMER is ALWAYS RIGHT!.
tapi sebenarnye, tak selalunye customer kene betol...kenalh ikut procedure. dah sign agreement kan.
hari ni, perangai customer i semua yg jenis mencabar. nak marah2, demand lebih, tak sabar, tak faham bahase, on behalf yg lebih2....bla bla bla...tapi sebab puase ni, layankan je lah.

Erti Sabar Dalam Islam
Sabar dapat dimaksudkan sebagai pengurusan diri untuk tetap melaksanakan ketaatan terhadap Allah berdasarkan apa yang disyari’atkan dan menahan diri dari apa-apa yang diharamkan-Nya serta bersikap redha terhadap setiap ketentuan taqdir-Nya tanpa berkeluh-kesah atau melampaui batas. Oleh itu, sabar di sini terbahagi kepada tiga keadaan iaitu sabar dalam menjalani ketaatan, sabar dalam menahan diri terhadap kemaksiatan, dan sabar dengan setiap ketentuan taqdir dari Allah Ta’ala.
Maka dari itu, hukum sabar adalah wajib dan tiada istilah “sabar itu memiliki hadnya” atau “sabar itu ada batasnya.” Maka yang benar, sabar itu adalah wajib dalam apa jua keadaan bertepatan dengan maksud yang dijelaskan.
Jika mungkin ada yang bertanya, sampai bila mahu bersabar? Maka jawabnya, sabar itu wajib sampai ajal datang menjemput bersesuaian dengan apa yang disyari’atkan.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا
“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan perkukuhkanlah kesabaran kamu.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 200)
Kata al-Hasan al-Bashri rahimahullah (Wafat: 110H):
أمروا أن يصبروا على دينهم الذي ارتضاه الله لهم، وهو الإسلام، فلا يدعوه لسرّاء ولا لضرّاءَ ولا لشِدَّة ولا لرِخَاء، حتى يموتوا مسلمين
“Mereka diperintahkan agar sentiasa bersabar dalam menjalankan agamanya yang diredhai oleh Allah ‘Azza wa Jalla, iaitu Islam. Sehingga mereka tidak meninggalkannya sama ada pada waktu lapang ataupun sukar, pada ketika senang atapun susah, sehinggalah mereka mati dalam keadaan Muslim.” (Tafsir Ibnu Katsir, 2/195)
Dari sini difahami bahawa Allah Ta’ala sebenarnya memerintahkan kepada orang-orang yang beriman agar tetap teguh berbuat taat, meninggalkan apa jua bentuk kemaksiatan, redha terhadap taqdir-Nya, serta perlu berusaha untuk menangani hal-hal di persekitarannya dengan penuh kesabaran.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ
“Dan benar-benar akan Kami berikan ujian kepada kamu semua dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun.” Mereka itulah yang mendapat selawat (keselamatan) yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk” (Surah al-Baqarah, 2: 155-157)
Allah Ta’ala memberitahu kita bahawa Dia akan menguji para hamba-Nya dengan kesenangan dan kesusahan, rasa takut, lapar, hilangnya harta, hilangnya orang yang disayangi, dan merosotnya hasil bumi. Ini semua adalah termasuk bentuk-bentuk ujian yang diberikan Allah kepada para hamba-Nya. Sesiapa yang bersabar dengannya maka ia mendapat pahala melimpah-ruah dan khabar gembira di Syurga, sebaliknya sesiapa yang putus-asa, maka ia sendiri yang rugi malah akan beroleh azab.
Dari itu, sesiapa yang sentiasa bersabar dengan setiap keadaan yang dihadapinya sama ada yang menyenangkan mahupun yang menyakitkan kerana semata-mata mencari keredhaan Allah, bererti dia telah menghiasi dirinya dengan akhlak yang mulia lagi terpuji



0 comments: